Sunday, June 19, 2011

Sudah terang lagi nyata.

Assalaamualaikum.

Aku selalu cakap yang aku pemalas. Memang pun. Aku rasa takde perempuan yang lagi malas selain aku kot *kesian laki yang dapat aku jadi bini :| *. Aku sampai perasan ade kawan aku pandang senget je kat aku. Bukan setakat pandang senget, perli-perli pun ade kot. Btw, minta maaflah ye, it takes me years to learn someone's perli/kiasan *betul ni*. So, it takes me years to reply the perli/correct what's wrong/etc which means I don't get it with orang yang suka tegur orang lain dengan memerli. Kalau dapat mangsa perli yang macam aku kan susah - padan muka kau. Aku tahu ade orang yang gayanya macam ni (tegur dengan method memerli/kiasan sampai semput) tapi padan muka kau kalau aku buat muka ikan masin. Hehehe ;p

Ok. Kita u-turn balik. Bukan nak cakap pasal perli ke hape. Nak jadikan ni tempat penghapus kemalasan *yeah! yakin boleh!* Let's see how malas I am (while hoping ada perempuan yang lagi malas dari aku :D):

1. Aku suka kumpul baju baru basuh dan dah kering banyak2. Sebab malas nak lipat. Tunggu menggunung baru lipat.


2. Aku malas nak masak bila Mama dan si tukang masak dan maggi were around *sorry Ma*. Tapi I'm lucky. Aku jadi rajin bila Mama and maggi were not around.

3. Aku mengada-ada nak ada blog tapi malas nak update. Idea hanya di kepala, tidak di jari. 

4. Aku ada gitar, laptop tapi aku malas nak bersihkan. Berhabuk. Kadang-kadang lap dengan tangan tanpa kain/spray/etc.

5. Aku salah satu spesis yang malas nak charge handphone. Handphone dah bunyi2 soh charge tapi aku buat derk je. Bila dah kiok baru aku terkial-kial nak cari charger *padan muka kau Syaza. Kadang-kadang aku buat derk jugak.

6. Aku malas nak potong kuku sendiri. Sebab aku potong kuku tak cantik. Sampai kuku panjang nak petik gitar jadi susah/masak jadi susah/garu badan jadi sakit. Aku kena cari husband yang suka dan pandai memotong kuku. Tehehe :p


7. Aku biar rambutku memanjang. Sebanya aku malas nak pergi potong rambut kat salun/potong rambut sendiri/etc. But now I have a new reason why I Iet my hair grow long. Kak Mas ingatkan perempuan kena ada rambut sepanjang dua kali lilit leher. Sebabnya untuk tutup aurat semasa di Mahsyar dan juga untuk bezakan lelaki yang berambut panjang dengan perempuan. Nice one ay? :)

8. This is the majestic proof. Tahu tak kenapa aku suka makan maggi perisa kari? OK. Maggi yang aku suka ada 3 perisa - kari, tomyam dan goreng. Aku tak beli tomyam sebab dalam maggi tomyam ada banyak paket2 lagi. Berminyak plak tu. Aku malas nak buka semua paket tu dan semua paket tu selalunya kotorkan tangan aku, aku malas nak pergi cuci tangan kot - takde masa :p. So, aku elak beli maggi perisa tomyam. Aku tak beli goreng sebab banyak paket kecil jugak dan aku malas. Maggi goreng nak kena tos dulu sebelum gaul dengan perisanya dan aku malas lagi. Yelakan, kalau dah terfikir nak makan instant noodle mesti sebab dah kebulur kan? Mesti nak cepat kan? Mesti tak nak buang masa kan? So, kari lah jawapannya. Satu paket perisa, tak payah pergi cari paip sebab tangan kotor. Mama will say "dah la instant food, instant way plak tuh". Sorry Ma. Behehe :D Kadang-kadang tak tunggu 2 minit pun. Heeeee.

9. Second parah is aku malas nak main gitar. Alasannya adalah sebab laptop rosak. Semua kord dalam tuh. MALAS. Jangan malas Syaza, jangan *pujuk diri*.

Macam mana ya? :(

No comments: