Tuesday, December 28, 2010

Nak, Tak nak, Nak, Tak Nak?

A pet. I never dreamt to have one. Sebab tak yakin nak jaga. Takut mati kebuluran. Tak pun takut mati kesunyian.

But one day ada someone nak bagi saya pet. My boy-boy. Saya tak mahu at first the place. Because keeping pet need money. Ya lah. Duit nak bagi makan, kalau dia sakit nak pergi veterinar. Takut tak ada masa nak jaga dan bagi attention sebab saya mungkin akan jadi sangat sibuk semester depan. Saya dah setuju nak jadi anak buah Jannah di bawah Exco Keusahawanan Meltech. Dan syaa dah janji nak study hard sangat. Risau juga. Hmm. :/ Tapi at least pelihara pet buat saya ingatkan rumah. Dan tak merayau sampai lewat malam. Tah-tah ni tujuan boyfriend saya tak. Huh! Suspicious sudah datang. :/

But then, saya tak tahu apa dah jadi pada saya. You know, bila gila saya dah datang. I agreed to keep a pet. Hoho! Dia tanya saya haiwan mana yang saya suka. Saya suka iguana tapi saya tahu tak semua orang boleh terima. Even Danny tanya saya banyak kali kenapa saya suka iguana . Dan saya tahu boy-boy tak mungkin bagi saya bela iguana. My second choice would be a baby cheetah tapi lagi lah orang tak terima. Haha! Saya pun tak tahu nak campak baby cheetah tu kat mana sebab baby cheetah lasak dan perlukan kawasan yang besar. Heeee. So, dia bagi saya pilihan. A tipical one. Hamster or rabbit. I afraid the fact that hamster lahap anak sendiri so I take rabbit. Hehe. Tak pernah bayangkan Syaza dan rabbit. Ok now, you can start imagine it. Dan jangan gelak.




Saya nak sepasang tapi saya tak sanggup jaga kedua-duanya. Saya cadangkan dia ambil satu tapi dia tak mahu jaga. You know, kesian lah haiwan tak ada pasangan. Semua makhluk dicipta berpasangan. Jantan dan betina. Lelaki dan perempuan. Except for gay or lesbian rabbit. Eheh. Dah la kita nak kurung rabbit tu. Tak ada pasangan pulak. Boy-boy kata tunggu rabbit besar dulu, baru bagi pasangan. Yela tu. Entahkan betul entahkan tak. Wekk! Maybe saya akan ambil dua-dua sekali. Yes. Bagi dua-duanya bermadu kasih. Jangan rabbit tu kahwin muda sudah. Hehehe. Itu pun kalau dia sanggup nak bagi dua rabbit. A’ah kan? Takkan nak bagi dua. Banyak pula duit nak bagi dua rabbit. Hmm. Pening la pula! Kalau boy-boy sanggup nak spend 70 – 100 ringgit nak beli dua rabbit and a cage tak apa juga. Heee.


Ok-ok. Chill Syaza chill. Just pray boy-boy nak bagi sepasang rabbit. Tak pun cancel saja. Habis cerita. :)

Lepas tu, ada satu lagi hal. Dia nak bagi saya satu tanggungjawab. Habis tu dia? Amboi! Tak aci! Saya cakap dia kena bagi nafkah kat rabbit tu. Hehe. Bijak tak? Ngeee. So, dia suruh estimate berapa banyak rabbit tu makan sebulan. So, saya tanya rabbit expert. Pika! Pika cakap bagi rabbit makan makanan kucing setiap hari. 2 hingga 3 minggu sekali bagi rabbit makan carrot. Ok pika! Ay-ay captain. Tapi berapa semuanya sebulan? Hmm. Tak tahu la pula! Pening lagi! Aiyark! Die! Ok. Let me feed the rabbit for the first month. Tengok berapa ringgit rabbit makan sebulan. Bijak-bijak. :)Lepas tu tuntut nafkah rabbit. Yes! Yes!

Ok. Da settle. Now, hopefully dapat dua rabbit. Or no rabbit. Then, kalau dah dapat I hope that I will be a good mummy. And boy-boy tak lupa bagi nafkah. Heee. Dan, lagi satu. perasaaan saya 50-50 kalau dapat dan tak dapat. Jadi, sama saja. :)

Itu sahaja. Terima kasih.

Written on December 25, 2010.
Hour 1500.

Tanda hari ini.

Hari ini hari lahir adik saya. Aza namanya. And you know what; we baked a chocolate moist cake for her birthday this morning! Kitorang means saya, Danny, Wie dan the birthday girl (Ingatkan nak bagi surprise tapi Encik Danny terbocorkan rahsia. Apa daaa.). Birthday yang selalu saya sambut (Sebab birthday Aza bulan disember – bulan cuti sekolah dan cuti kuliah). Ini kali kedua bagi kitorang bake cake. Pertama kali semasa Hari Raya. And that makes us an amatur dalam buat kek ni, so kitorang hanya beli premix baking flour (Sponsored by Mama – who else will eh?). Hehe. Senang lagi cepat lagi main campak saja. ^^ Kitorang mulakan operasi pagi-pagi lagi. Kejutkan Danny is the first challenge ever. Tidur mampuih! Lepas tu soh Danny kejutkan the birthday girl. After that, adjust dapur gas so that boleh bake, bersihkan mixer and whatsoever.  Then, kena study macam mana nak bake kek tu. Dan fahamkan. Selepas di ringkaskan, macam nilah caranya. :D

How to bake chocolate moist cake using premix flour
Bahan-bahan
*Chocolate moist cake premix flour (We bought a 520g flour)
*100g air
*150g minyak sayuran
*3 telur

Cara-cara
1. Baca arahan pada belakang kotak Chocolate moist cake premix flour yang dibeli.
2. Ikut setiap arahan pada belakang kotak tu.
3. Siap dan makan! ^^

Well. Everything went well. Kek tu tak ada lah moist mana. Sebab kek yang kitorang buat ada kerak-kerak dekat tepi kek. Kerak-kerak manis yang kitorang sangat suka. :) Ya. Sampai tak sempat nak ambil gambar keknya yang sempurna. Cuma tinggal cebisan terakhir yang kurang sempurna. Dengan Danny. Sebab dimakan terlalu cepat. Yummy!



Itu sahaja. Terima kasih. 

Wednesday, December 22, 2010

Janganlah buang rata-rata! Ngeng!

Ya! Rakyat Malaysia! Janganlah buang sampah rata-rata! Kotor tahu! Dan buruk!



Make a change. I know make a change is hard. Because I know how it feels like. It is hard to see people keep littering around tapi kita susah-susah simpan pembalut chewing gum yang kita makan dalam poket handbag sampai penuh poket handbag tu dengan sampah-sampah kecil sebab tak nampak dustbin yang terdekat. Or when you eat ice cream tapi kena pegang the ice cream wrapper sampai nampak tong sampah. Tu kalau seorang buat macam tu, but then can you imagine how great it is kalau semua jiran-jiran dalam taman perumahan kamu do the same? Macam mana kalau all Malaysians do the same? Wah! Aman, tiada sampah! :D

It doesn’t need a lot of energy or money (But may be need a pinch of your time sebab nak kena cari tong sampah. Hehe. Or maybe sikit energy.) Let’s do this:

1. Jangan buang sampah ke luar kereta. Flying bird is cute but flying trash is gross. Yuck!

2. Simpan sekejap sampah kecil kamu. Tak kira lah dalam handbag, or dalam poket seluar. Just don’t litter it on the floor. Tak semua tempat ada tukang sapunya.

3. Kalau lah kamu rajin tahap dewa, kutip la sampah yang kamu rasa kamu mampu kutip. Kalau tak, tengok saja. Heee.
4. Kalau kamu tinggal di rumah yang bertingkat (macam saya :) ), jangan buang sampah ke bawah. Not nice yaw!

So, start doing it. Do it for yourself. Do it for your loved one. Do it for the Earth. Do it for The Supreme.

Aman, tiada peperangan. 

Railway oh railway!

Kerajaan announced about building a new public transport for Malaysians. It called MRT (Mass Railway Transit aka Transit Aliran Massa). It is going to be 60km in distance with 35 stations. All the way from Sungai Buloh to Kajang and vice versa.  Agak-agak ada tak stesen yang lalu di Puncak Alam? Macam boleh saja. Heheh.  Saya sangat terdesak bila saya ada di Puncak Alam. Mayday! Mayday! Sebab nak keluar dari Puncak Alam guna bas saja dah ambil masa setengah hari. Lame! 

I think it is awesome - having more network of transportation in Malaysia. So that people that depends on public transport desperately, like me, could move independently. Hahaha! Yes! I am lame without public transport. First, it is because I do not own any type of machine that enables me to move around quickly, and precisely. Heheh :p . Second, I don’t even have a driving license, and I don’t think I will take riding license (takut lah - ehehe). Third, saya susah nak ingat jalan. I can’t even remember my way back to class after I finish my business in the toilet. Haih! -_-“ Saya kena ada tourist guide – di negara sendiri! Aiyoyo!

Ok. Back to business. Kan bagus kalau ada railway lalu Puncak Alam. Kan bagus, kan? Hmm. Building a railway needs a very maximum attention, I know. Libatkan jenis muka bumi tapak bina landasan. Kos. Resident concentration. Approximate profit in return. Etc. Tapi saya still hope that there will be a railway in Puncak Alam. Tak pun, public bus service yang lebih efficient. Kalau kaya-raya dan tamak lagi, buat kat seluruh Malaysia. HAHAHAHAHAHAHA! (Gila datang :D) Sampai tak payah beli kereta atau motor. Bukan setakat bina saja. Kalau boleh lagi, nak yang paling canggih, cepat, mesra pengguna etc lah! Hahaha! (Double dose gila!)

Whatever it is, harap public transport yang sedia ada ni diupgrade. Macam:

*Increase KTM frecuency. So that the train will be less like a sardine tin, this means less sexual harassment and less discomfort.

*Train punctuality (KTM juga). Kalau tak boleh pun, elak tulis waktu ketibaan tren sebab saya rasa macam ditipu. Atau tulis the exact time would be nice. Simply announce the time will be nice too. :)

*More friendly bus driver. Ada seorang, dua pemandu bas marah-marah senior passenger. Kesian aunty/uncle tu kan? :)

Lagi. Tak semua masalah datang dari staf. Users are to be blame too. Macam:

*KTM passengers turn into barbarians when a train stops in front of their eyes. Haha! Barbarians! Sini tolak, sana tolak. Haih!

*I hate it when there’s a senior or a pregnant lady walked into a train and stand in front of a sitting and young and healthy fellow yang sedang tidur tapi boleh buka mata setiap kali mahu balas SMS and then ‘tidur’ semula. Knock-knock! 

*I hate it when a bunch of people talk (or can I say scream?) as if they are 198,000 miles away from each other. Peace, yaw!

*I hate it when lelaki masuk dalam koc perempuan. Atau kalau tak sengaja pun lelaki tu tak nak pindah ke koc yang bukan koc perempuan. Degil sungguh. :/

Another whatever it is, I LOVE PUBLIC TRANSPORT! Heheh. Mereng sudah! ^^

Aman, tanpa peperangan yaw!

Monday, December 20, 2010

Preloved yet to be love.

Ok. Saya tak tahu langsung wujudnya bundle ni, until one of my friend introduce me to this one day. Jannah namanya. Actually, I’m glad that she did that – kenalkan saya dengan bundle stuffs. You know, I love to look nice and trendy (not so) and tidy and look like me but I am very not ready to spend my money or to starve myself just to buy a piece of clothe that I want (Kecuali bila gila-time dah sampai. Heheh). Something like – I’d rather buy a brand new MP3 or books instead of buying a pair of jeans that I saw and fall-in-love-at-first-sight with and worth above a hundred. And you know why? Because I tend to regret it after I own it. Pathetic, right? Hehehe. Ya lah. Saya tak ada banyak duit lebih. I have to choose between two things if I have some money. :)

And then, bundle come into my life. Walla! Now I can buy something nice with minimal budget. Fewwh! I bought a jeans that really content me for RM11 (selepas Jannah kenyit-kenyit mata pada abang si tukang jaga kedai. Hik3 ). Jimat duit saya! Dan saya suka.



Yes-yes. I know some people would feel gross with bundle cloths. Salah seorang yang nyata is my lecturer that I shall not say her name in here (nanti kena saman.heeee) and my boyfee (Ampun2. m(_,_)m ).  She set us to present on a topic that we had to decide on our own. A friend of mine chose to share about bundle things. And the lecturer made some sort of face expression. Muka geli-geli macam tu. But why should I care uh?

Bundle stuffs came from different part of the world, I know. The previous owner might have skin diseases, I know. They might be handled with less hygienic and proper care on the way they are transported to its destination, I know. I do not care. Because I do know the correct way to wash bundle stuffs except for shoes (Kawan saya ajar ni.)

How to wash bundle stuffs (shoes are not included).

1. Bubuh baju/ seluar/ jacket/ whatsoever ke dalam besen.

2. Pergi masak air yang secukupnya sampai mendidih. (Note: Secukupnya means kalau besar clothe anda maka banyak lah airnya. Ok? :) )

3. Air dah masak? Kalau sudah, curah air tu ke dalam besen yang berisi baju/ seluar/ jacket/ whatsoever tu. Make sure all part of the cloth are soaked into the water ya. (Note: Beware of hot water. Sebab saya sayang kamu)

4. Rendam selama 2 to 3 hours. Ini sebab nak bagi bacteria-bakteria yang tak susah nak mati dengan sabun yang sudah melekat pada baju/ seluar/ jacket/ whatsoever tu mati. Kalau kamu paranoid and worry that there might be some left over bacteria, you are welcome to repeat this procedure. Jangan sampai baju kamu rosak sebab di rendam lama-lama sudah lah. :)

5. Sudah puas rendam? Sekarang, basuh baju/ seluar/ jacket/ whatsoever tu. By hands or washing machine. The choice is in your hand.

6. Keringkan. Iron. Dan pakailah dengan bangganya! :D Selamat pakai! 

Thursday, December 16, 2010

Less than three weeks to go.

Assalamualaikum.

Today is Dec 16th. As usual, I am very eager to back to my study mode. Tak tahu lah. I love to study. Jangan pelik. I really do. :)

Saya tak kerja part time cuti ni.  Even though I know that I will need loads of money for the coming semester. Yela, sudah tinggal di rumah sewa. Yea-yea-yea. Rumah sewa. Bukan tak ada pengalaman. Tapi still risau. Heheh. Risau tak bertempat kan? Entah apa nak dirisaukan entah. Ada-ada saja Syaza ni.

Dalam hati ni sudah termencak-mencak nak kerja. Tapi saya kemalasan. What to do? Macam biasa lah. Berlapar lah kamu Cik Syaza oi semester depan ni. Haha!

Ok. Cuti ni. Nothing much happened. Tapi cukup untuk ajar saya. Dan beri saya macam-macam perasaan.
Macam-macam happened actually. Bila saya list them down. Heheh. :)

Mama nak rasa masakan - Cute. Danial kata saya masak macam Mama masak. :D
Baca novel-novel - Pinjam Mak uteh saja. Novel cintan-cintun. :)
Watching TV - Fun. Drama Mama. Hindustan Mama. Tamil Mama. 8TV saya. Kartun Danial. :)
Jaga baby-baby yang Mama babysit - Fun. Mencabar minda. Geram sebab comel. Geram sebab bijak. Geram sebab degil. Geram sebab mengada-ngada. Geram sebab saya dikencing dan di-air liur-kan.


Buli Danial - Double dose fun. :D

Snap gambar sendiri - Not fun at all.
Edit self pictures - Amusing.

Baca newspaper - Heart-throbbing.
Makan, makan, makan - Makin hari makin banyak kuantitinya. -_-'
Facebook - I just do not know what to do with it.
Blogging - A newbie that have loads to tell but not yet know how to.
Balik kampung - We looked like a bunch of tourist lately. Di kampung sendiri. Haha!




Sampai sini sahaja. Terima kasih. :)

Saturday, December 11, 2010

Result. Result. Result.

Today. December 10th, 2010. Student UiTM dapat tgk result peperiksaan. Mine? Wow! Incredibly freak. Haha! Dan yang paling tak disangka will be saya dihujani 'tahniah' dalam facebook. Then, stalk page kawan kelas yang lain (and boom!), sama juga. Tahniah sana sini. Ok, but weirdo! Bukan tak suka, bukan tak hargai, cuma pelik. Whatever it is, never mind. Tahniah juga! :D

Saya tahu kenapa. Sebab most of us did s**k in our last final exam (including me..heheh :)) and for sure most of us feel very grateful that most of us survive the papers that most of us wouldn't expected to pass with flying crayon. Haha! Alhamdulillah shall be the perfect word for this situation. 

Relief to memang la relief tapi I know that my parent would hate the numbers. Tu lah. Main-main lagi. Padan muka Syaza. Whatever it is, it happened. Tak boleh ubah dah pun. So, the best phrase for this moment is hari semalam hanya sejarah dan hari esok tak pasti bertamu. Apa yang pasti cuma hari ini. Jadi, kerjakan hari ini dengan sekuat semangat supaya hari semalam akan jadi lebih baik dan hari esok tak mungkin jadi lebih teruk sebab kita sendiri tahu sebanyak mana kerja kita. :)

Pada kawan-kawan saya yang kecewa tu, it is okay. Doakan umur kamu panjang. So that kamu dapat kerjakan apa yang kamu mahu. Sabar ye. Saya tahu azam kita sama. We will make it better. :)

Heartbroken.

Blind accusation. No. Imprecise accusation.


I..
Am sorry to disappoint you.
Am ready to take myself away.
Am happier with the step that I took.
Will never regret this bygone.
Will forever stay as modest as I hope.
Will turn myself to my Superior God.


Angry, is not my destiny.
Lonely, will not I be.
Fated, defined perfectly.

Friday, December 10, 2010

The Unwanted Favourite.

Bulimia Nervosa. Is an eating disorder. Di mana seseorang makan dengan banyak kerana keinginan, kemudian the person is feeling guilty and ashamed and shall then purge all the eaten foods out of the body unnaturally (laxatives, vommiting, diuretics, vigorous exercise etc).

I used to think of doing it. That's why I don't mock people who did this. However, I will never approve such deed.


I often think of doing it. And you know why? Because, hell yes, I love to eat. Really, really love to eat. And I tend to binge (Ooopsy! Eheh). It was OK when I was in my secondary school because my metabolism at that time is very loyal to me. You know, I can maintain my 50 kgs even though I eat up to 5 plate of rice for each meal (Gila kan?Kesian usus saya. Hmm). But then I realize, when I am getting 'younger', the condition is not the same anymore. I easily gain my weight if I eat out of control. And then, mulalah my body starting to be out of shape. I let people judge me and then I take the judgement seriously in a far from the positive way (Haih! -_-'). Muntahkan makanan yg saya cintai.

Saya rasa saya bertuah kerana saya berfikir sebelum saya ber-'bulimia' (Alhamdulillah! Thanks Allah for the most amazing thing ever invented - the brain :) ). You know, bulimia banyak negatif dari positifnya. OK, let's see.
1. Saya pernah terbaca ('ter' la kan, kat mana tah) bulimia tak akan turunkan berat badan. Just maintain your body weight. Lagi tak best berat badan jadi cam roller coaster pun ada. Turun naik turun naik. Susah hati tahu.

2. Bulimia akan hanya buat badan kita kekurangan air. Then, dapat la pulak bibir merekah dan kulit kering di mana sume ni sangat lah tak cantik bagi perempuan. Kan lagi teruk tu. Kalau minum/makan dan buang kan sia-sia namanya.

3. Badan kita akan buat aktiviti tu macam habit like kita oozing gaster juice after makan. Macam ni, kalau kita selalu vomit dengan sengaja after lunch, lama-lama badan kita akan treat aktiviti tu sebagai rutin. So, kalaupun kita tak nak muntahkan makanan tu selepas kita makan lunch, we will still muntahkan. Maknanya, anda dah sakit. Tahniah! ^^

4. Gastrointestinal tract kita juga menderita. Sebab - kena paksa. Kesian. Esophogus will be inflamed. Altered bowel  habit etc. Kesian badan kita. Hmm. And again, anda sakit. Tahniah! ^^

5. Banyak org miskin yang tak diberi rezeki oleh Allah untuk makan. Tapi Allah bagi kita rezeki tu. Bertuah kan kita? Tapi kita buang pula. Dari bertuah jadi kawan syaitan pula. Magic! Ada orang pula lumpuh. Tak dapat makan apa yang dia orang nak. Ada orang lain ada penyakit. Mesti pantang, kata doktor. Kita yang sihat pula nak jadi tak sihat. Apa daaa..

Saya tahu ini susah bagi sesetengah orang. Tapi please. Excuses are totally sick. Find something else that quench your need to be loved. Kalau dicari pasti dapat. Dulu, saya rasa diet tu susah (even now..). Exercise pun. But now, I love to jog (walaupun kadang2 sangat malas..heheh). Saya suka bila saya lari-lari. Tak ada apa yang saya dengar selain degupan jantung saya. Seronok tahu! Berenang pun macam tu. Best! Tak ada apa yang saya dengar selain degupan jantung saya. Tak ada bunyi suara orang lain dari bunyi jantung saya. Kedengaran silly kan? Tapi saya suka. ^^ Inspiring sungguh jantungku ini!

Lagi. Ahaa! Saya pergi internship di Hospital Muar. Ada doktor perempuan di department saya cakap berat saya dah cun. Dia kata saya risau tak bertempat. Dia kata, "You are fine actually. Build up some muscle is enough. Bukan sampai berketul-ketul tahu. Jangan bagi badan nampak lembik jer cukup". Wah! Terima kasih Doktor! :D

Lagi. Kawan saya. Saya suka dia. Dia suka dengan apa yang dia ada walaupun dia 'cute'. Dia bersyukur untuk semuanya. Dia kata, "I love when you smile because you have a nice smile. And when you're not worry and then you will smile. So, jangan risau sangat lah. Kita tak dicipta untuk orang yang tak puas hati dengan kita. Kita diciptakan untuk Allah. Kan?". Wah lagi! Terima kasih Kawan! :D

So, moral of the repekan is channel your needs in a way that will not harm yourself. Hargailah diri kamu. Ambil teguran secara positif.