Sunday, February 13, 2011

Ini moment paling grrrrr..

This happened on a day. Once upon a day. There were six creatures. One, two, three, four, five and six. Yes. Six people. Were heading to Pulau Pangkor. Of course to have our holiday :D 

Of course, I got excited! Hoho! Yeah, everybody got excited. Because we, these six creatures, seldom spend our time together to settle down on an island and gotten bitchy :D

It's on Chinese New Rabbit Year holiday man. People were like 'Whoa!-Nikhun 2PM-is-in-KL-lets-go-and-grab-him kind of situation. I can see most of cars on the road were heading to Lumut or Pulau Pangkor. I was praying that those cars weren't heading to Pulau Pangkor but will stop at Lumut to buy some sotong kering. But, nope! Everybody was zombi-ing to Pulau Pangkor! Haih! -_-"

This what I meant. New parking spots were 'built' with engineering skills so that it can fit in thousands of cars. This is one of the parking spots.


After my Daddy park our car, we walked..hmm..quite far..no, no..very far to reach jetty. You know, we need a ferry to get to the island. And my Daddy parked so very far from the jetty. Fewhhh! I'm sweating like hell. Even hell don't sweat like me (wait, hell can sweat meh? -_-") And this was how I looked like.

Ok. Saya terkeluar dari AF. T_T

As you can imagine, loads of people were waiting for the ferry at the jetty. When I mean loads, it means people were so much like ants craving for sugar. Really. 

Fuhh! Lenguh nak tunggu. Dengan orang tak bertamadunnya. Boleh pulak potong-potong barisan. Hish!


Yeah. Kami kat atas ferry dah. Click-click sana sini :D

Anginnya pantai. Wuuuuu. Sangat kencang. Tudung kena pegang kalau tak aurat terlopong sana sini.

Yeah! Adik-adikku aka my Ulats yang tercinta. Nasib baik tak terjun feri sebab terlampau excited :)

Ok. Not just my Ulats yang excited. Saya pun dua kali lima puluh lapan. Heeee.

Bila dah sampai pulau tu, kitorang kena naik taxi nak pergi tempat kitorang tidur-tiduran dan lepak-lepakan. We were like - ni kot resort kita, tapi taxi tu tak berhenti. Yang tu kot , tapi taxi tak berhenti juga. Last-last everybody just keep quiet. Tired of guessing I guess. LOL

Actually bukan naik taxi. Tapi naik roller coaster babe! Pergh! Dahsyat Pak Cik Taxi ni bawak. Saya berpeluh for the second time! -_-"

And the cute thing is, semua taxi kat Pulau Pangkor tu berwarna pink. Can you imagine that the island were conquered by pink beast machine. Comel! :3

Lepas, naik roller coaster semua, kitorang sampai kat bilik. Kitorang dapat bilik yang tak ada lah gempak mana. Yela, it was holiday. And Abah tempah bilik agak lewat. Not much choices left. So, taram jelah. Asalkan kitorang selamat dan boleh tidurrrrrr :) My Daddy were thinking of sleeping in a chalet but what to do. Tak ada rezeki kitorang. Lenkali ye Abah. :)

And then not much that we could do as a typical tourist. Sebab satu, saya agak s*upid sebab tak keluarkan duit banyak-banyak untuk snorkeling or banana-boating dengan my Ulats (S*tupid Syaza -_-"). Haih! Nasib baik duit cukup untuk beli something untuk Cik Serumah and Mama and Abah and Ulats and my Busyuk. Segan nak mintak duit kat Abah and Mama. And ATM only available at the pulau's pekan which are way quite far from where we were settling. Dua, sebab kitorang stay for two days and one night only. Sebabnya Abah nak balik kampung jugak. Rindu dekat Embah. Tapi, dalam not much time tu kan, sempat la jugak buat what tourist would do on their island vacation :]

Kami keje dok makan je dekat pulau tu. Makan-makan-makan. Hurmm -_-" Sambil tunggu makan tu jadi cam-whore kejap. Kejap je. Heeee.

Yeah. Ni lah muka Mama bila makanan depan mata dah abes. Heeee. Gurau je ye Mama. :D

Ni tengah jalan-jalan pilih souvenir. Warna biru you! Match dengan tudung I! Aawww :p

Yeah! Ni dia! Atlet Malaysia. Renang berirama. Dah macam dugong mabuk dah ni ha Xp
Hmm, kitorang turun mandi few hours before we went to kampung. 8 am till 10 am. Breakfastless. Fuhh!

After jadi dugong mabuk, kitorang jadi penyu tersadai pula :D Mayday-mayday! There are Penyus on the shore.

Makan lagi. Yeah. Baju yang sama sebab kitorang ambil gambar masa makan time ni saja. So, buat-buat macam ni time makan yang lain pula ya :p Our late breakfast. Tak ingat makan apa dah (Bad Syaza. I should eat more raisins -_-"). *Danial became like wow!-kat-kedai-makan-ni-ada-story-book. And I was like -_-"

The night before we went away from the island, actually Danny went fishing. Yeah, at night. Wie and I accompanied him. Danny kata malam-malam boleh tangkap sotong. Dia memancing cam semangat je kan. Tapi hampeh -_-" Sebatang hidung sotong pun tak nampak. Sampai habis umpan dia. Kesian kan? Hmm. Whatever it is, I'm totally support him fishing. Sebab fishing ajar dia jadi sabar, dan tak berputus asa, dan terima qada' dan qadar. Qada' dan qadar huh? Ok la tu. Go Danny!

Dah swimming (erk swimming ke? :P) kitorang nak balik dah. sebelum balik kampung pulak, kitorang bergambar kenang-kenangan kat depan resort. Typical tourist eh? :) The one and only gambar satu family di Pulau Pangkor. Without missing anybody :3

Saya nak jadi Penyu lagi :(

Mama dah pancit layan kitorang yang mengada-ngada. Adik dengan muka comel ala-ala iklan deodorant :p

Dalam feri nak balik dah. Bye-bye Pangkor ^^

Itu sahaja. Bye-bye :)

Friday, February 11, 2011

Pensyarah paling kejam yang pernah jumpa kot. Haih!

“Pergh-pergh-pergh! Gilalah dia ni. Ade ke patut nak suruh kitorang wat benda ni. Dah la tak pernah tahu binatang jadah ni. Nak presentation yang canggih-canggih pulak tu. Aaaaaarrrgghh! Stres-stres! “ *muka macam singa kena gigit nyamuk

This is the ‘magic’ sentence that I used to say – actually linger in my brain – bila lecturer saya bagi assignment nak gempak je. Yes. Diorang memang kejam. Sangat kejam. Mean. Cold-hearted. Apa-apa saja lah yang patut bagi nama kat diorang ni. Huh!

Nak tahu tak apa  benda yang depa dok suruh kitorang buat masa kitorang diploma dulu? Kawan-kawan sekalas masa diploma dulu nak ingat balik tak? Alaaa. Encik A, Encik B dan Encik C dulu tu. Teruna tiga serangkai.

*Dalam post ni pun saya tak nak pakai ‘saya’ tapi nak pakai ‘aku’. Baru ada feel  sikit kan. Ehem-ehem :p

1) Ada ke  patut, Encik A suruh kitorang buat slide presentation wajib ada hyperlink. Dah la kitorang tak reti time tuh. Jenuh kitorang belajar buat hyperlink kat powerpoint tu. Sampai nanges-nanges *ada ke? -_-“ Lepas tu, dah siap dah ni, dah confident nak present dah ni, hyperlink tak keluar pulak. Hancussss. Balik kolej hentam cekedis banyak-banyak sebab hyperlink tak nak keluar masa presentation tadi. “Ceh! Penat aku buat hyperlink malam tadi sampai tak tidur.”

2) Ada ke patut, kitorang tengah present ni Encik B halau kitorang dari presentation. Lah. Kitorang dah try nak faham dah benda yang kitorang nak present tu tapi dah kitorang ni agak benak juga la, dah 165, 353 kali baca pun tak faham-faham juga. What to do kan? Pergh! Sedap siot kena halau. -_-“

3) Ada ke patut, Encik C marah kitorang sebab kitorang terlupa nak garis nama spesis bacteria. Alaaaa. Lek lu *bak kata Cikguku Didi. Kitorang terlupa saja. Kitorang baru nak belajar microbiology. Jangan lah tonyoh whiteboard tu macam tu. Memang la sweet Encik C marah kitorang tapi agak terkilan lah juga sebab Encik C selalunya baik je. Hmmm. @_@

4) Ada ke patut, Encik A marah kitorang. Sampai nanges si Kiki tu. Kitorang dah jawab betul dah soalan Encik A tu tapi Encik A tak dengar. Bukan kitorang tak pandai nak jawab. Jangan lah sergah-sergah. Terkezzzut tahu?

5) Ada ke patut, kitorang yang baru diploma ni Encik A suruh buat written assignment style budak degree buat thesis. Tulis dengan reference style APA system lah, nak numbering macam dalam thesis lah. Aku pulak dalam hati: apa jadah lah pulak APA system tuh? -_-‘ Alaaaaa. Lek lu. Kitorang baru 17 tahun setengah. Bengong-bengong lagi dah suruh buat referencing style APA system. Siap nak intext citation tu yang tak tahan tu. Pergh! Pening-pening kitorang nak salin web address, nama penulis semua. Reference bukan satu, dua tapi banyak kot. Macam buat research. Haih! Apasal lah kena buat. Masabalahnya sekarang ni kan, ada saja budak degree tak tahu buat referencing guna APA system. Haih lagi!

6) Ada ke patut, Encik A *lagi-lagi dia ni -_-“* suruh kitorang skip slide masa tengah present. “yang ni tak penting – SKIPP! (dengan , muka bangganya)”. Gila ah. Lah mana kitorang tahu benda tu semua tak penting. Dah kitorang tak pernah masuk lab hospital. Kitorang jumpa benda tu dekat web, kitorang paste jela kat slide tuh. Alaaaah! Leceh lah dia ni! Grrrr. Bukan setakat suruh skip je, ada yang kena suruh stop presentation sebab dah lebih masa. Alaaaa. Kitorang cakap omputih pun tergagap-gagap. Tu pasal la lambat sikit. Lambat sikit je kot. 1 jam je. Tu pun tak boleh tunggu ke? Sabar tu kan separuh daripada iman. -_-“

7) Ada ke patut, Encik B tak nak pandang muka kitorang. Pastu bila kitorang nak tanya soalan pasal bab hari tu, Encik B buat-buat tak nampak. Encik B marah kitorang sebab lambat masuk kelas. Oloh. Bukan sengaja pun. Hari tu kolej blok kitorang tak ada air. Dah la tak ada air, lif blok rosak pulak tuh. Kitorang tinggal tingkat 24. Kitorang menapak turun tangga nak kejar kelas Encik B. Kesian kan? Tahu lah marah, tapi jangan lah tak pandang muka kitorang. Sedih tahu :( Gulp.

8) Ada ke patut, Encik A *dia lagi, banyak noh masabalah dia bagi* ketuk tangan kitorang dengan pen. Sebabnya kitorang tak potong kuku before masuk lab. Alaaaa. Kitorang bukan tak nak potong kuku tapi terlupa je. Jangan lah sampai ketuk-ketuk tangan. Sakit tahu? *sakit sangat ke?dok eh* Lagipun kitorang bukan budak kecil nak ketuk-ketuk. Haih!

9) Ni yang last. Last ni lah yang kaw skali. Tiga-tiga tanya soalan dahsyat-dahsyat belaka. Teramat lah paling dahsyat sekali di dunia yang fana ni. Soalannya bukan satu tapi banyak. Gulp. Tanya kacang-kacang sudah la. Toksah ler payah benor. Jenuh fikir jawapan. Perggghhh… Susah sioooot. Kena hentam habis-habisan. Tachycardia jantung ni nak jawab tahu *sebab tertelan digoxin 4 biji* -_-“

Siot banyak kot masabalah depa bagi. Seb bek tak ada kes lari dari UiTM. Pening kepala kitorang nak buat apa diorang nak.  Haih!

Tapi kan, sebenarnya kitorang sangat-sangat bersyukur *skema sekejap* sebab diorang buat semua benda ni. Sebabnya:

1) Kitorang dah tahu buat referencing guna APA system tanpa rasa pelik dan muka macam monyet tertelan lalat. Kitorang tahu APA system tak ada banyak jenis. Satu jenis je. Pandai buat APA system guna Microsoft Word tu (untuk Microsoft 2007 dan ke atas sahaja) pulak tuh. Senang keje den. Toksah salin web berjela.

2) Kitorang tahu nak jawab apa kalau kitorang kena hentam soalan dahsyat dan tak tahu jawab soalan tu. Jawab macam ni “Oh. Yang itu diluar pengetahuan saya. Biar saya cari dulu jawapannya. Awak ingatkan saya ya pasal soalan tadi tu” (dengan muka mesra macam receptionist). Bukan buat muka macam Ah Long dan hentam orang tu balik ok. Kita kan nak tuntut ilmu :)

3) Kalau datang lambat, dengan polite-nya kita mintak maaf cepat-cepat. So that, lecturer tak buat perangai aku-tak-nak-pandang-muka-korang kat kitorang lagi.

4) Kitorang pandai buat hyperlink!! Yey-yey! Dengan jayanya *riak sekejap* Tak ada dah hyperlink degil tak nak keluar. Bukan setakat hyperlink, design-design dahsyat pun dah pandai dah. Hasil godek-godek Microsoft Powerpoint masa belajar nak buat hyperlink dulu. Ngeee.

5) Kitorang dah pandai pilih content yang penting-penting saja nak buat slide. Apa-apa kena pilih yang ada kaitan dengan lab SAHAJA. What comes first must come first. Aceh! :D Yang lain tu kena tambah as additional knowledge je kalau dah gatal nak letak jugak.

6) Kitorang tak pernah lupa *jap – kadang2 tu lupa jugak kot eheh* nak garis nama spesis dah! :D

7) Kitorang tak bengang bila ada soalan banyak-banyak dari audience after presentation *bengang sikit je kot kalau lebih dari dua soalan ngeee*. Sebab kitorang pernah kena lagi dahsyat dari Encik A, Encik B dan Encik C :)

Diorang ni kan, daripada diorang bujang, dah bertunang, dah kahwin dapat bini cun-cun, dapat anak comel-comel dah. Semuanya depan mata kitorang. Sekarang dalam proses tambah anak je. Eheh. Kot la kan nak tambah *memandai je aku ni :D Dulu memang kitorang bengang la jugak di suruh buat benda ‘pelik-pelik’. Tapi sekarang kitorang dah tahu dah mana baiknya. TRIMASEH CIKGU! *jeritan batin budak-budak gang TRES MIGNON*


Sudah. Itu sahaja :)

P/s: NO offence ok ;) Kalau pandai teka lah siapa Encik A, Encik B dan Encik C ;p And *nak glamorize gang TRES MIGNO kejap :)* TRES MIGNON are:

Cik Ngantuk-all-the-time aka Poo-poo-ra
Cik Laptop aka Aiween
Cik Mek Bunga Rama-Rama aka Nadilot
Cik Kura-Kura aka Asy-syida
Cik Taring aka Dila Saya-nak-hadiah
Cik Nyanyi Kebaaboom aka Jane
Cik Gigi Besi aka Hanisoh
Cik ShineE aka Myzaria
Cik Gitar Hitam aka Caja
Cik Pinggan aka Syapika
Cik Choki-Choki aka Nanana-ana

Yeah! Tu dia! :D

Sorry no 1. Yeah. As you can see it. It's not normal.

Sorry no 2 for the sengetsss picture. Blogspot did that. Not me. Seriously -_-

Wait. Gambar cilok dari FB Ana Shasha :) Trimaseh sbb bagi gamba ni. 
*ana mesti pelik statement nih heeee ;p*

Monday, January 31, 2011

Saya gian nak main gitar saya yang bernama Mr. Black Coffee. Saya tinggal dia sorang-sorang kat rumah di Puncak Alam. Saya GIAN! T.T


Monday, January 24, 2011

Minta maafffffff *sampai tersembur saliva dari celah gigiku yang jarang ni*

I am so sorry.
Dalam entry ni, bukan bagi rabbit ni makan makanan kucin ye anak-anak. Bagi makan makanan rabbit yang bentuknya MACAM makanan kucin. Ada paham?
Baguih.
Am sorry again.
:)

Jam Bumi aka Earth hour.

Assalamualaikum. This entry is about our Earth *ok, macam serious pula dah* Saya perasan dah ramai yang buat benda ni tapi lagi ramai yang buat tak peduli. Bila saya beritahu pasal ni, ada yang like wth?? Zokey-zokey. Saya doakan kesedaran anda *skema oi* Saya bukan la contributor yang sangat extreme sampai buat demostrasi tahan lapar kat depan ofis WWF (World WIldlife Fund). Tapi I realize that at the very little deed that I can do to my beloved Earth *Alhamdulillah* is reduce, and if possible to shut off any electrical appliance in my house for a short one hour. Senang kot. Alah kau, gayut dengan boyfriend sejam sampai panas telinga boleh kan. Tak pun, korang melalak macam orang gila dalam karaoke jamban sejam ke kan. Steady je tengok. Apa kata korang duduk dalam gelap sejam ambil tu defroze peti ais korang. Kan menyumbang namanya tu. Tapi awas, bukan duduk dengan bukan muhrim ye gelap-gelap macam tu, DOSA ;) 

Saya dah join benda ni since two years ago (kot). I registered my home here. Nasib baik Mama sporting. Layan je :) Time tu sikit je orang join earth hour. Lepas register, korang google satelite rumah korang time tu. Wait, google satelite rumah sendiri dalam gelap? Syaza, wth? Nampak ke oi? Korang try jela. Mana tahu nampak kan. Hehe :p  Tapi kalau imagine macam comel je gelap. Kalau banyak-banyak rumah bergelap sekejap, lagi comel ^^ Or you can see how pathetic Malaysian is when more people do not care to turn off their lights (erk, elektrik sahaja ye. lampu minyak tanah tak payah :D)



Other than stay at home at this hour, you can go to places that having their lights off. Contoh macam restoran la kan. Makan ala-ala romantika dengan family sendiri, or dinner dengan marka hangpa. Teeeeet! ;P



2011 ni Malaysia will be holding this event on Saturday 26 March at 8:30pm local time
Kalau korang nak tahu banyak-banyak lagi pasal Earth Hour ni, please log on to this link here. This is a blog about Earth Hour generally. Or like Earth Hour 2011 on facebook here (click on the image).


Event ni happen on March kan? I am still in Puncak Alam kan? Tehehe *gelak naughty*. Kalau tak nak, PAKSA juga! :D


Progression part 2 aka how to play a song using acoustic guitar for surely, definitely, really beginner.

Assalamualaikum :D Dah nombor dua dah oi. Dah pandai sikit dah oi. Tapi baru pandai strumming je. And tukar-tukar chord. Dah tak gelabah sangat dah. Syaza cool dah oi :D Then dah boleh main lagu weh! Tapi.....satu lagu je pandai. Eheh.

How to jump between chords (for a very, very beginner) - of course - my way
1) Memorize chords. You will have no choice but to memorize them. Lets start with easy chords.
2) For right-hand person, your right hand must keep strumming while your left hand changing chord. Same goes for left-hand person except for switching hands. *Did I say it right? Of course. Xp
3) Practice till you're feel comfortable to strum.

Jari pula dah tak sepedih sebelum ni dah. *Kepada bakal suamiku, padan muka kau dapat bini jari-jari tangan kiri kasar kat hujung. Terima kasih :P * Tapi satu je, jari-jari saya cepat semput. Wait-wait. Fingers? Can be exhausted? Hehe. Merepek Syaza oi. Apa-apa jelah. Buat-buat jelah jari boleh semput ;P Macam ni, jari-jari saya ni tak boleh tahan lama nak tekan kord :( Mula-mula bunyi macam Jimi Hendrix (perasan seh), pastu lama-lama bunyi macam saya main sitar. Tahu sitar? Sitar tu Indian string instrument. Macam mana ni ye? @_@

Ni lah sitar :)
Credit to Google.

I have one more thing that I can’t do and I wanted to do so badly. Sing while playing the guitar. Each time I try to do so, my fingers will go like crazy. Tah kord apa tah jadinya. Haih! Izzokey-izzokey. Practice make perfect. Sabar Syaza ye. Sabar. Sing by heart *Baiklah!

Ni ha video KAMI.

Suara Jannah lagi kuat dari bunyi gitar. Nasib baik dia tak ada volume tuner. Kalau tak, dah lama slow down-kan suara dia. Ngeee. :D

Loads of error = Sakit telinga. I know. Izzokey-izzokey.

"Buah cempedak di kuar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan"

This time, I wore a proper cloth for my personal video. NO pajamas..erm..pajamas but a proper pajamas *ehem*. And NO Nisa’s teddy. YES covered my head. And I’m kind of nervous when it come to being videotaped and release to public *Ceh, macam nak kena broadcast kat TV3 je* :P Oh yes! I used Myza's phone to record the vid. Her phone is more powerful canggeh than mine :)

I took ages to find a recorder, you know recorder that is better than mine of course. Sambil-sambil cari kan, saya kan, ter'cam-whore' kan. Dengan cekak Jannah pula tu. Eheh. Fitrah perempuan. :p What to do. Kan?

LOL senget. Padan muka korang  Xp 
Btw, download satu je. Yang lain simpan dalam gobok :) Peace.

Credit to:-
Singer | Jannah
Background singer 1 | Nisa *yang jerit kuat-kuat kat 2:40 sebab tengah tengok Super Junior
Background singer 2 | Myza *jerit sekali dengan nisa and pinjamkan phone
Background singer 3 | Dila *closing at the end of video
Song | 150 juta kali
Song writer | Fynn Jamal *thanks for writing a song that has easy chords heeeee :D

Terima Kasih. Bye.

P/s: Sorry for the muka ketat :) Menggelabah ooi! And this vid is dedicated to CIKGUKU DIDI. 

Saturday, January 22, 2011

Macam mana nak search info untuk assignment yang pelik-pelik. :)

Assalamualaikum. This semester is very chaotic. Ceh baru mula semester dah mengeluh. Syaza-Syaza -_-" Ok. I didn't mean to complain. Betul ni. Bukan nak mengeluh (muka serious :| ). Tapi memang starting of this semester ni tersangatlah busy and chaotic and hurricane-just-attack-your-life situation. Ok. Teeeet! Syaza dah berlebih-lebihan kat sini. Kau sorang je fikir macam tu Syaza oi. Orang lain cool je (atau buat-buat cool). :p

Assignment yang tersangatlah banyak. Tak berhenti mengalir. Macam air mata air yang dekat tepi highway tu mengalir. Yeah. Credit to our beloved lecturer aka Head of Department, Dr. Roslinah yang sangat care dekat kami dengan menyumbat kami dengan ilmu-ilmu dia walaupun she has to juggle herself with so many comitments so that kami tak memalukan diri sendiri bila kami bekerja nanti. *Ingin diingatkan ye, ayat sebelum ni adalah ayat membodek Dr. Roslinah. Anda diwajibkan digalakkan untuk menyampaikannya kepada Dr. Roslinah. Terima Kasih :D * Ok. Sudah Syaza, sudah ooi. 

Ok. Cakap pasal assignment ni kan. Dah namanya Dr.Roslinah la kan. Assignmentnya agaklah dahsyat la kan. *'Dahsyat' huh? Hiperbola sungguh la oi O_o * Assignmentnya perlukan kerahan otak yang sangat kebaboom la kan. Plus, assignmentnya perlukan kitorang perlukan skil google yang sangat..erm..expert? Yeah. Expert. Sampai kawan saya tanya pada saya 'macam mana kau dapat cari semua yang kau nak eh?' ataupun 'mana kau dapat benda-benda ni ye?' 

Ni tengah on the way nak lari ke Milan, Paris sebab terlalu banyak sangat assignment. Fewhh!

Kalau nak ikut cara aku ni browse dari internet (tiba-tiba kena pakai kata ganti nama aku sebab macam nak tuju dekat Cik-cik Serumah), selalunya aku buat macam ni:-

1) Of course, aku taip exact word dengan ape yang aku nak cari. Macam aku nak cari pasal principle of glucose test kan, aku taip 'glucose test+principle' bukan 'what is the principle of glucose'. Sebabnya nanti korang akan jadi lebih fenin kepala sebab more words that you type on the search engine, more result you will get. Trust me. Kadang-kadang tak berkaitan langsung. Straight to the point is way much better la oi.

2) Kalau bersepah juga words yang korang taip tu maknanya banyak yang tak relevent, korang boleh quote-kan words to. Macam ni "principle of glucose test". Confirm sebaris tu juga yang akan keluar dalam most of your result queue. 

3) Kalau agak-agak info yang korang nak cari tu boleh ada dalam bentuk image, korang search guna image search engine instead of web search engine. Macam nak cari graf ke, gambar X-ray ke, jadual ke la kan. Trust me. Always work on me.

4) Pastu. Korang nak markah banyak kan? Nak bangga dengan diri sendiri kan? Nak cakap dekat Dr. Roslinah macam ni "kitorang boleh survive lah assignment-assignment Dr." kan? Korang rajin-rajin la browse page result sampai yang belakang-belakang tu. Faham tak ni? Jangan la malas sangat. Mana tak lemak-lemak berkumpul kat kepala wotak korang tu. *AMBOI, mengata orang ye kau Syaza. Jaga kau.* Maknanya jangan la browse page result yang first dan yang second saja. Mana tahu da yang berkenan dekat belakang-belakang tu. Trust me. Kadang-kadang kalau dah terdesak, cara ni sangat berkesan ;)

Tapi ni tak ada la expert mana. Boleh la kan untuk survive dunia assignment ni. 

Itu sahaja. Terima Kasih.

Progression part 1

Assalamualaikum. This is the first entry!! Wohoho! Yeah! Kau memang mereng Syaza. Uhm-uhm. 

Hari tu ada pergi kelas tutor. Alah, dengan Cik Didi je. Ni pun sebab tak tahu dekat mana nak start belajar. Heee :p Cik Didi ajar strumming. Strumming tu macam ni. 

Cute. Ajar skali macam mana nak pegang pic. Thank you Mr. Iglesias. Because apart from strumming I don't even know how to hold a pic correctly. Seriously :| I simply use my nail. Eheh. Ok-ok. I'll buy a pic.

I just know how to strum with just one chord. Chord A. Bila nak tukar chord, tangan jadi macam keras je. Fewhh! Letih. Izzokey-izzokey. Didi kata Play By Heart. Baiklah Didi! Then, lama-lama tangan saya lembut dengan magiknya, you know, without giving muscle on Black Coffee. Hoho! Magik!

So, Macam ni lah bunyinya. I am a newbie! Yeah! 

Yes. Sounds weirdo isn't it? Lain sungguh dengan video yang atas tu. But izzokey-izzokey. Practice always makes perfectos. And abaikan teddy bear Nisa kat kaki tu. Sebok je nak ngendeng-ngendeng. Dan abaikan pajamas saya. Eheee. :3

Yes. Practice till my fingers hurt. Nampak macam orang kena sebat dekat booty dah. -_-'  
Macam booty kena sebat. :) And very definitely, majestic-ly painful weh! @_@

Ok. Itu sahaja. Terima Kasih. Assalamualaikum :)

P/s: Sory sebab video yang saya upload tak clear. Handphone saja :) And ngendeng means ala-ala nak menghimpit and membodek gitu. Faham kan? :/ Izzokey plak means it's okey gaya gedik-gedik gitu. Dapat imagine kan?

Friday, January 21, 2011

One step at a time (bak kata Leona Lewis)

An introduction. (Aceh! Macam assignment plak dah, ade intro-intro bagai. Heee Xp)

Assalaamualaikum. Title macam nak buat something je kan? Memang nak buat something tapi not about baking cake or making a baju kurung or teaching someone else rocket science maths but about taking step by step to play my Mr. Black Coffee in a better way without producing annoying sounds. Fewwh! Panjang sungguh. You should try to say the second sentence without taking a very deep breathe. Nak tengok kau tercungap ke tak ;p



Ok. Masa nak beli ni memang macam berani-mati punya decision :| Seriously. Yang ada masa tu cuma angan-angan yang dari form berapa tah. You know, without even tiny winy knowledge, I mean nothing at all. Totally, zero in my head about playing this sexy little object. Ok-ok. Tipu la tak tak tahu apa-apa kan. Actually, ada lah try blaja dengan kawan yang amek course nursing dulu. Sempat lah belajar 3 chord. Tapi sekarang totally dah lupa. Eheee :3 Kalaulah dia baca ni, Imma dead meat yaw!! So, maknanya dah tak ada knowledge lah kan3? :p


About now, actually nak TRY buat a series of entry about me, uhuh, playing, uhuh, Mr. Coffee. Dari tahu 1 chord, da jadi tahu berjuta-juta chord ke kan. Dari tak tahu nak petik lagu, jadi pandai cam Jimi Hendrix ke kan. Heeee :D Nak tengok progression la konon-kononnya. Cam buat buku scrap untuk gambar-gambar baby yang sedang membesar (erk?is this relevent?hurm :/ ). Umur sebulan muka macam Papa dia, then second month macam muka Mama dia pula ke kan. Jap-jap. Ade ke progression macam tu? Merepek lah kau Syaza oi! Tapi tell me that you get what I mean. Make sure that. Sigh-sigh.

1st entry tah bila tah tapi will be having my little fingers to tonyoh the keyboard to make it happen.

Wasallam.
Bye :)

Thursday, January 20, 2011

Mr. Black Coffee aka my new lover.

Ok. Introducing>> Black Coffee!! Woohohoho! Eh, silap-silap. Mister Black Coffee!! Ok, shut it Syaza. 

Black Coffee huh? 

I love to name my things. Actually for some appreciation, so that those things will not broke down aka jahanam in a very little time. Macam, I named my laptop as Miss Crunchy Waffle, my phone as Miss Gravy Grape, and now my guitar- Mister Black Coffee. Why Black Coffee? One, because it is black in colour (one of my fav colour) and two, because I love to sip coffee when I feel like stay up late at night to study for tomorrow's exam paper. Got that? Yes? Thank God. :)

And why MISTER again? Because 'he' is my new lover :) And WHY again? Because 'he' stopped me from being so lonely, and cranky, and boring. Uhuh. WHY again? You should put your sock in it. Swear to god you should. -_-'

Cewah-cewah! Gaya macam dah terror (maknanya bukan ganas tp hebat) tapi pandai very few chords je. Eheh :)

Perasan sendiri-sendiri. LOL!

P/s: Adek or Danial or Wie or whoever read this, beg you not to tell Mama. Heh. :D